CINTAKU BUKAN CINTA BIASA, ANDAI ENGKAU YANG MEMILIKINYA

Monday, February 20, 2012

Ombak Rindu

0 comments

Alunan tiupan melodi lagu Ombak Rindu.

Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dari ku. Agar dia tidak kesepian, selalu rasa ada cinta agung.

Karnival ARMY 2012

0 comments


CHAPTER SIANG

Medan Usahawan, Padang SSM4 KB, Padang Perdana
  1. Perasmian oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa
  2. MOU Pembinaan Stadium The Red Warriors 
  3. Pertandingan Bola Sepak Antara Chapter ARMY 
  4. Persembahan Hiburan 
  5. Pertunjukan Kebudayaan dan Keseniaan 
  6. Promosi Jualan oleh Penaja-Penaja TRW 
  7. Aktiviti Jualan oleh Peniaga-Peniaga IKS 
  8. Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Bola Sepak ARMY 

    CHAPTER MALAM


    1. Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
    2. Perlawanan Bola Sepak VVIP lwn Selebriti @ Artis 
    3. Persembahan Istimewa Kelab Penyokong dan Pemain TRW 
    4. Perlawanan Bola Sepak Persahabatan TRW lwn SAF (Singapura) 
    5. Cabutan Bertuah 

    Tiada bayaran tiket untuk masuk ke dalam SSM4 KB.

    Kemasukan ke Stadium dengan sumbangan Derma RM20 (Astaka) dan RM2 (Terbuka). Derma akan disalurkan ke Tabung Amal TRW untuk Sazali P.Ramlee dan penyokong-penyokong TRW yang ditimpa malang baru-baru ini.

    Kupon-kupon derma boleh diperolehi melalui Pakej Promosi Mamee Double Decker dan Booth Kutipan Derma Selebriti di tapak Karnival, selain daripada kaunter-kaunter tiket biasa di SSM4 KB.

    200 hadiah-hadiah menarik untuk penderma yang bertuah, termasuk satu cabutan BONANZA Mister Potato, menyaksikan perlawanan Manchester United di Old Trafford bersama Presiden KAFA dan beberapa pemain TRW yang terpilih.

    JOM KARNIVAL!

    MAH Chapter Kelantan 9-Sebelah

    0 comments


    Kejohanan Sukan Antara Hotel MAH Kelantan Chapter 2012


    Acara Bola Sepak 9-Sebelah di Padang Perdana, Kota Bharu 
    20 Februari 2012, bermula jam 8 pagi

    Pasukan-pasukan dari Renaissance Hotel , Grand Riverview Hotel, Habib Hotel, Perdana Resort, Sudara Beach Resort, Crown Garden Hotel dan Sutera In.

    Sementara menunggu perlawanan Piala Presiden di SSM4 KB jam 4.45pm, jom tengok rakan-rakan perhotelan kita beraksi.

    Belajar Untuk Mengajar

    1 comments

    Belajar Untuk Mengajar


    Setelah saya meniliti dokumentasi Misi dan Visi DYAM Tunku Presiden PBNJ, saya boleh katakan, Johor FA ialah "Kelantan In The Making".