CINTAKU BUKAN CINTA BIASA, ANDAI ENGKAU YANG MEMILIKINYA

Tuesday, October 23, 2012

Kelantan Tetap Juara di Hati Saya



ALHAMDULILLAH.

Tahun 2012 dicetak sebagai tahun kecemerlangan sukan bola sepak Kelantan apabila pasukan The Red Warriors berjaya menjulang ketiga-tiga kejuaraan, Juara FA, Juara Liga Super dan terbaru, Juara Piala Malaysia.

The Red Warriors juga bergaya di arena antarabangsa apabila melangkah ke saingan Suku Akhir dalam penyertaan sulung mereka di Kejohanan Piala AFC 2012.

Benar, banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan pasukan Kelantan yang dicemburui oleh pasukan-pasukan yang lain. Benar, banyak pasukan yang mengintai rahsia kejayaan pasukan Kelantan dan cuba "mengKelantankan" cara pentadbiran dan pengurusan pasukan mereka.

Resepi nasi lemak, dalam Malaysia, serupa saja. Ada santan, ada sambal tumisnya. Tapi cara penyediaan masih bergantung kepada kemahiran "Chef". Anda mungkin boleh meniru resepi Kelantan, tapi hasilnya tidak akan sama dan "sesedap" seperti apa yang Kelantan "hidangkan".

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang "menunda" saya kembali ke kancah bola sepak Kelantan, seperti Ahmad Fadhli, Ikiey Aziz, El Harfe, Seriya, Rajakayu, DJ Big pada tahun 2010.

Saya juga berterima kasih kepada Presiden KAFA, Tan Sri Hj Annuar Musa yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan sedikit fungsi dalam persatuan.

Ucapan terima kasih juga saya panjangkan kepada ke semua Ahli Majlis KAFA dan rakan-rakan di pejabat KAFA. Kepada Tuan Hj Azman, selaku Pengurus Pasukan dan SUA KAFA, banyak yang saya pelajari tentang sikap tegas dan toleransi beliau ketika mengendalikan pasukan.

Kepada saudara Nik Aminaldin, Bendahari KAFA, yang juga merupakan super senior saya di SIU, ucapan terima kasih kerana membantu serba sedikit melengkapkan apa yang kurang dalam keperluan kerja sukarela yang saya buat untuk pasukan. Saudara Wan Badhri, Pegawai Media KAFA, terima kasih di atas bantuan dan kesabaran anda dengan karenah saya. Beliau adalah pegawai yang tidak banyak bercakap tapi melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Kepada rakan-rakan yang lain, Zuki dan Nik Rozianee, yang saya kenali sejak tahun 2010, anda merupakan rakan yang baik, di kala senang dan di kala susah.

Barisan kejurulatihan pasukan, diketuai oleh Bojan Hodak, thank you sir for the trust you have in me. Anda semua terbaik. Kepada abang @ adik pemain-pemain pasukan Kelantan, anda seperti adik beradik saya.

Terima kasih pada isteri saya, Wan Noor Ezrin, yang banyak menyokong dan bersabar dengan saya. Terima kasih pada anak-anak kerana tidak mengungkit kelewatan papa balik rumah dan ketiadaan papa ketika hari minggu kerana terlibat dengan bola sepak.

Jika sepanjang saya bersama pasukan dan rakan-rakan, ada masanya saya khilaf, cuai, menyinggung perasaaan, terkasar bahasa, terlebih dalam perbuatan, saya susun 10 jari ini mohon ampun dan maaf. Dalam keghairahan saya mencintai pasukan Kelantan, mungkin ada masanya saya keterlaluan.

Sebagai anak jati Johor, saya berbangga dapat bersama pasukan Kelantan. Mereka adalah pasukan kesayangan saya, mereka adalah saudara saya, dan ia akan kekal sampai bila-bila.

Selamat berjaya The Red Warriors, saya akan tetap bersama anda, mungkin dalam cara yang berbeza.

Amierul Hisham

*jika ada nama yang saya tertinggal, maafkan saya.


0 comments:

Post a Comment