CINTAKU BUKAN CINTA BIASA, ANDAI ENGKAU YANG MEMILIKINYA

Thursday, October 25, 2012

Orang Yang Pertama....

0 comments
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Salam 9 Zulhiijjah

0 comments
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Salam 9 Zulhijjah & Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa sunat hari ini.. Ambillah sedikit masa hari ini untuk membaca, KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

"Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu. Maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam bertaqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak akan ada lagi nabi atau rasul akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesunggunhya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU..."


Tuesday, October 23, 2012

Kelantan Tetap Juara di Hati Saya

0 comments


ALHAMDULILLAH.

Tahun 2012 dicetak sebagai tahun kecemerlangan sukan bola sepak Kelantan apabila pasukan The Red Warriors berjaya menjulang ketiga-tiga kejuaraan, Juara FA, Juara Liga Super dan terbaru, Juara Piala Malaysia.

The Red Warriors juga bergaya di arena antarabangsa apabila melangkah ke saingan Suku Akhir dalam penyertaan sulung mereka di Kejohanan Piala AFC 2012.

Benar, banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan pasukan Kelantan yang dicemburui oleh pasukan-pasukan yang lain. Benar, banyak pasukan yang mengintai rahsia kejayaan pasukan Kelantan dan cuba "mengKelantankan" cara pentadbiran dan pengurusan pasukan mereka.

Resepi nasi lemak, dalam Malaysia, serupa saja. Ada santan, ada sambal tumisnya. Tapi cara penyediaan masih bergantung kepada kemahiran "Chef". Anda mungkin boleh meniru resepi Kelantan, tapi hasilnya tidak akan sama dan "sesedap" seperti apa yang Kelantan "hidangkan".

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang "menunda" saya kembali ke kancah bola sepak Kelantan, seperti Ahmad Fadhli, Ikiey Aziz, El Harfe, Seriya, Rajakayu, DJ Big pada tahun 2010.

Saya juga berterima kasih kepada Presiden KAFA, Tan Sri Hj Annuar Musa yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan sedikit fungsi dalam persatuan.

Ucapan terima kasih juga saya panjangkan kepada ke semua Ahli Majlis KAFA dan rakan-rakan di pejabat KAFA. Kepada Tuan Hj Azman, selaku Pengurus Pasukan dan SUA KAFA, banyak yang saya pelajari tentang sikap tegas dan toleransi beliau ketika mengendalikan pasukan.

Kepada saudara Nik Aminaldin, Bendahari KAFA, yang juga merupakan super senior saya di SIU, ucapan terima kasih kerana membantu serba sedikit melengkapkan apa yang kurang dalam keperluan kerja sukarela yang saya buat untuk pasukan. Saudara Wan Badhri, Pegawai Media KAFA, terima kasih di atas bantuan dan kesabaran anda dengan karenah saya. Beliau adalah pegawai yang tidak banyak bercakap tapi melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Kepada rakan-rakan yang lain, Zuki dan Nik Rozianee, yang saya kenali sejak tahun 2010, anda merupakan rakan yang baik, di kala senang dan di kala susah.

Barisan kejurulatihan pasukan, diketuai oleh Bojan Hodak, thank you sir for the trust you have in me. Anda semua terbaik. Kepada abang @ adik pemain-pemain pasukan Kelantan, anda seperti adik beradik saya.

Terima kasih pada isteri saya, Wan Noor Ezrin, yang banyak menyokong dan bersabar dengan saya. Terima kasih pada anak-anak kerana tidak mengungkit kelewatan papa balik rumah dan ketiadaan papa ketika hari minggu kerana terlibat dengan bola sepak.

Jika sepanjang saya bersama pasukan dan rakan-rakan, ada masanya saya khilaf, cuai, menyinggung perasaaan, terkasar bahasa, terlebih dalam perbuatan, saya susun 10 jari ini mohon ampun dan maaf. Dalam keghairahan saya mencintai pasukan Kelantan, mungkin ada masanya saya keterlaluan.

Sebagai anak jati Johor, saya berbangga dapat bersama pasukan Kelantan. Mereka adalah pasukan kesayangan saya, mereka adalah saudara saya, dan ia akan kekal sampai bila-bila.

Selamat berjaya The Red Warriors, saya akan tetap bersama anda, mungkin dalam cara yang berbeza.

Amierul Hisham

*jika ada nama yang saya tertinggal, maafkan saya.